Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Projek Tebatan Banjir Sungai Kenau dijangka siap Nov 2026 - Wan Rosdy
Faculty :Astro AWani
Year of Publication :09/12/2025 11:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kenau di Sungai Lembing di sini dijangka siap pada 27 Nov 2026, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata setakat ini kemajuan fizikal projek mencapai 16.84 peratus, melebihi jadual 16.33 peratus dan mendahului empat hari daripada yang dirancang. "Kajian reka bentuk dan kerja-kerja berkaitan projek berkenaan bermula pada 28 Nov 2023," katanya ketika menjawab soalan Mohamad Ayub Mat Ashri (PN-Sungai Lembing) mengenai status projek tebatan banjir itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Beliau menambah, kerja-kerja mendalamkan, pengorekan dan pengepaman sungai telah dilaksanakan bagi melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko banjir. "Tujuannya supaya air dapat mengalir lebih pantas dan banjir dapat dielakkan. Kerja-kerja pemeliharaan sungai turut dilaksanakan, selain pemeriksaan di tebing sungai," katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Mohd Johari Hussain (BN-Tioman) yang ingin mengetahui langkah jangka masa pendek kerajaan negeri sebelum projek tebatan banjir tersebut siap sepenuhnya. Wan Rosdy berharap projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035