Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Suami isteri maut dalam kemalangan dua kenderaan di Bentong
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :11/12/2025 00:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pasangan suami isteri maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Kuala Lumpur dekat Kampung Ketari, Bentong malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.19 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong tiba di lokasi lima minit kemudian. "Kemalangan melibatkan kereta Proton Iswara dan Mercedes Benz. Setibanya di lokasi, pasukan bomba telah membuat operasi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Iswara terbabit menggunakan peralatan rescue tool," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata dua mangsa, iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, Mohd Salahuddin berkata seorang lagi mangsa berusia 23 tahun yang juga pemandu kenderaan itu disahkan mengalami kecederaan parah manakala pemandu Mercedes Benz berusia 40 tahun pula hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan. Beliau berkata lapan anggota JBPM digerakkan dalam operasi terbabit dengan dilengkapi jentera Fire Rescue Tender dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035