Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Makalah
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Polis tahan pemandu Mercedes Benz terlibat kemalangan maut di Bentong
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :11/12/2025 13:40 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Polis menahan pemandu kereta Mercedes Benz bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 4 berhampiran Kampung Ketari, Bentong, semalam. Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata ujian air kencing lelaki berusia 40 tahun itu didapati negatif dan sampel darah juga diambil untuk analisis toksikologi. "Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Mercedes Benz dari arah Bentong menghala Kuala Lumpur memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan Proton Saga sebelum hilang kawalan dan terlanggar Honda Civic pada bahagian sisi," katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam, sepasang suami isteri berusia 51 tahun maut dalam kemalangan pada 8.20 malam manakala anak mereka yang memandu kereta Proton Saga parah pada kepala. Azry Akmar berkata pemandu Mercedes Benz tidak mengalami kecederaan serius manakala pemandu sebuah lagi kenderaan terlibat tidak cedera. Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035