Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Jangan terperdaya panggilan telefon menyamar pegawai JKNP
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :11/12/2025 22:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menasihatkan orang ramai supaya tidak terperdaya panggilan telefon berunsur penipuan yang melibatkan kononnya petugas jabatan itu. Pengarah Kesihatan Pahang Dr Saiful Azlan Sharif berkata ini berikutan pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang mendapat panggilan telefon mendakwa mereka telah melakukan kesalahan dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai daripada JKNP. "JKNP menafikan penglibatan petugas jabatan ini dalam sebarang panggilan telefon berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan berunsur penipuan (scam) sedemikian," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata sekiranya menerima panggilan telefon mencurigakan, orang ramai disarankan tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, pasport dan nombor akaun bank. "Bertenang dan fikir sama ada pernah mempunyai sebarang urusan dengan JKNP atau tidak. Jika tidak, abaikan panggilan tersebut atau buat laporan kepada pihak polis dengan segera," katanya. Untuk sebarang semakan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi JKNP di talian 09-5707999 (8 pagi - 5 petang). --BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035