Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang selesai 98 peratus pemilikan tanah peneroka - MB
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :16/12/2025 22:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kerajaan Pahang telah menyelesaikan 98 peratus urusan pemilikan tanah peneroka di negeri ini, hasil usaha berterusan pelbagai pihak dalam menangani isu berlarutan sejak puluhan tahun lepas. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pencapaian itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan hak kira-kira 43,000 peneroka di negeri ini dilindungi dan diselesaikan mengikut peraturan. "Dengan pemberian suratan hak milik hari ini, kita telah mencapai 98 peratus penyelesaian pemilikan tanah peneroka. Sebahagian daripada mereka terpaksa menunggu sehingga 42 tahun sebelum menerima suratan hak milik, namun kelewatan itu bukan disengajakan," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Peneroka Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 serta Skim Tanah Rakyat di sini hari ini. Wan Rosdy berkata antara faktor kelewatan itu adalah disebabkan ia melibatkan prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi. Beliau berkata baki dua peratus lagi urusan pemilikan tanah akan terus diusahakan untuk diselesaikan, namun kebanyakannya melibatkan isu teknikal terutama berkaitan perwarisan. Dalam pada itu, Wan Rosdy menasihatkan peneroka yang menerima suratan hak milik supaya menjaga tanah berkenaan dengan baik dan terus mengekalkan atau meningkatkan hasil sedia ada. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035