Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan berkenan sumbang makanan kepada mangsa banjir
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :18/12/2025 05:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbang makanan kepada mangsa banjir di sini semalam. Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan kurniaan itu disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya kepada mangsa banjir. "Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang terlibat pada hari pertama pengagihan makanan dengan kerjasama Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang membabitkan PPS Taman Sri Mahkota dan Wisma Belia, Indera Mahkota," menurut hantaran itu. Sementara itu, mangsa banjir Nur Izzati Abdul Halim, 37, dari Perumahan Makmur Jaya di sini menghargai keprihatinan baginda berdua dan beliau sama sekali tidak menyangka menu dari dapur istana merupakan rezeki makan malam mereka semalam. "Alhamdulillah, menjunjung kasih Tuanku, rezeki kami di sini. Saya juga amat bersyukur kerana makanan di PPS ini tidak pernah putus, tak sempat lapar makanan dah sampai," kata ibu kepada tiga anak itu. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035