Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Nelayan di Pahang terus dapat perhatian, bantuan Perdana Menteri
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :28/02/2025 11:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Golongan nelayan di Pahang terus mendapat perhatian Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terbaru,seorang warga emas yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat mengail rezeki akibat keadaan laut bergelora, diberikan bantuan. Menerusi hantaran di Facebook Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang dikongsi Anwar, seorang nelayan Mohammad Kasim, 61, menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Ahmad Farhan di rumahnya di Kampung Baru Cherating, Kuantan baru-baru ini. "Laut yang dulu menjadi punca rezekinya kini seakan menutup peluang, menyebabkan pendapatannya merosot teruk. "Namun saya hadir untuk cuba membawa sinar harapan. Dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang, rumahnya akan dibaik pulih agar lebih selesa buat hidup bersama keluarga tercinta," menurut Ahmad Farhan dalam hantaran di Facebook itu. Beliau berkata, bantuan tersebut diharapkan akan menjadi pemangkin untuk warga emas itu dan keluarganya terus bangkit. Semalam Ahmad Farhan turut dilaporkan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada nelayan Supian Saman, 39, di Kampung Darat Sungai Ular, Cherating, ketika mengunjungi rumahnya bersempena dengan Ziarah MADANI. Ahmad Farhan memaklumkan, pihaknya dengan kerjasama ICU Pahang akan membantu membaik pulih rumah Supian yang serba daif dengan dinding semakin rapuh, malah bumbung juga seolah-olah tidak mampu menahan hujan lebat supaya lebih selesa dan selamat untuk didiami. - BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035