Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Farhan Hakimi
Title :"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :28/02/2025 10:10 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sultan Abdullah menegaskan, Titah Adendum berkenaan telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya. "Dalam soal Titah Adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti. "Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik. "Saya menyeru kepada semua supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara," titah baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Kesultanan Pahang, pada Jumaat. Januari lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum. Najib juga dikatakan akan memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh kerana didakwa 'menyorokkan' Titah Adendum. Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Al-Sultan Abdullah yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas Perdana Menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Kini, perbicaraan kes itu sedang berjalan di Mahkamah Tinggi.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035