Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :21/02/2025 19:25 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas. Mufti Pahang Prof Datuk Asmadi Mohamed Naim berkata Zon Khas Waktu Solat itu membabitkan Mukim Rompin, Mukim Endau dan Mukim Pontian. Beliau berkata oleh itu, waktu solat dan berbuka puasa bagi Ramadan 1446H untuk daerah itu akan menggunakan Zon Khas Rompin dan tidak lagi menggunakan Zon 2 (Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah). "Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan kepada kewujudan Zon Khas Waktu Solat baharu itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035