Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Penggiat industri pelancongan Pahang terima manfaat insurans kelompok
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :19/02/2025 21:04 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seramai 370 penggiat industri pelancongan Pahang menerima manfaat daripada bantuan perlindungan insurans berkelompok oleh kerajaan negeri melalui Tourism Pahang tahun ini. Tourism Pahang dalam kenyataan memaklumkan penerima terdiri pengusaha inap desa, malim gunung, pemandu pelancong alam semula jadi dan pemandu bot di Cherating yang aktif di negeri ini. Bantuan itu menjadi tahun kedua kerajaan Pahang menawarkan perlindungan insurans berkenaan kepada mereka yang layak iaitu perlindungan selama lima tahun melibatkan caruman insurans individu setahun bernilai RM122.26. Antara manfaat perlindungan insuran yang diberikan ialah sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya kekal akibat kemalangan akan dibayar hingga RM100,000, pembayaran balik pencarian dan pemindahan (RM10,000), perbelanjaan perubatan akibat kemalangan (RM2,500). "Selain itu, kemudahan lain perlindungan merangkumi pendapatan hospital akibat kemalangan maksimum 30 hari (RM50 sehari), pampasan kaunseling trauma maksimum 10 sesi (RM100 setiap sesi), perbelanjaan penghantaran pulang (RM5,000)," menurut kenyataan itu. Majlis penyampaian dan penyerahan bantuan insurans berkelompok itu disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035