Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :06/02/2025 04:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang mengambil langkah proaktif untuk menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan. FAMA Pahang dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, buat permulaan, lebih 25 tan metrik bekalan kelapa diperuntukkan untuk rakyat di negeri berkenaan, yang dibekalkan dari Sabah dan Sarawak serta diimport dari Indonesia. "Selari dengan arahan pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pihak FAMA telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan bekalan kelapa mencukupi bagi kegunaan pengguna terutamanya ketika musim perayaan. "Oleh itu, FAMA Pahang telah mula mendapatkan bekalan kelapa melalui edaran yang dibuat oleh beberapa pusat edaran di seluruh Pahang. Bekalan ini telah mula diedarkan pada 4 Feb," menurut kenyataan itu. FAMA Pahang memaklumkan, kekurangan kelapa ketika ini adalah disebabkan musim melawas di Malaysia yang menyebabkan peruncit sukar mendapatkan bekalan domestik sehingga mengakibatkan berlakunya kenaikan harga santan segar. "Usahawan dan peruncit yang memerlukan bekalan kelapa ini boleh terus menghubungi pusat edaran terdekat, Pengurus Operasi FAMA Kuantan di talian 013-222 4062, Pengurus Operasi FAMA Lanchang (013-949 1897) dan Pengurus Operasi FAMA Jerantut (019-241 7276)," menurut kenyataan itu. - BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035