Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Dokumen palsu guna nama pengarah dikesan, JPJ Pahang buat laporan polis
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :20/07/2025 05:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang tidak pernah mengeluarkan permit perjalanan sementara bagi tujuan pemeriksaan kenderaan yang menggunakan nama dan tandatangan pengarahnya. JPJ Pahang dalam kenyataan malam tadi memaklumkan permit yang dikesan atas nama pengarah itu adalah palsu dan permit yang berkaitan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ negeri atau cawangan tanpa memerlukan tandatangan pengarah. "JPJ Pahang telah mengesan dokumen palsu yang menyalahgunakan nama jabatan dan nama pengarah JPJ Pahang dalam urusan perkhidmatan. Jabatan ini amat serius dalam menangani isu pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama. "Justeru, satu laporan polis telah dibuat semalam. Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat demi menjaga kepentingan awam," menurut kenyataan itu. JPJ Pahang memaklumkan masyarakat dinasihati agar sentiasa berhati-hati dalam urusan pembelian kenderaan terutamanya pembelian melalui platform atau sumber yang disyaki tidak sahih. "Orang ramai dialu-alukan untuk melaporkan kepada JPJ sebarang tawaran atau dakwaan pihak ketiga berkaitan perkhidmatan jabatan itu, bagi tindakan pengesahan dan pencegahan yang lebih berkesan," menurut kenyataan itu. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035