Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Sinar Harian
Title :[TERKINI] MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan hingga Sabtu ini
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :27/11/2025 10:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Sabtu. Setakat kemas kini jam 8.30 pagi ini, MetMalaysia berkata, antara yang terkesan ialah di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. "Di Pahang, hanya Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong yang terkesan. "Untuk amaran hujan lebat berterusan (tahap waspada) pula melibatkan seluruh Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Johor hanya Tangkak serta Segamat. "Pahang juga terkesan di daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin," kata MetMalaysia pada Khamis. MetMalaysia memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi. "Talian hotline MetMalaysia, 1-300-22-1638 boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujarnya lagi. - Sinar Harian  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035