|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan menerima laporan kehadiran seekor harimau belang di sebuah ladang di Hulu Tembeling, Jerantut.
Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata maklumat diterima pada Selasa lepas dan lapan petugas Perhilitan telah ke lapangan keesokan hari untuk tindakan lanjut.
"Hasil pemantauan tiga hari, kita dapat mengesahkan kehadiran harimau itu dan Perhilitan telah mengambil tindakan memasang perangkap kamera di sekitar kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata Perhilitan akan terus melakukan pemantau dan komuniti sekitar lokasi itu dinasihatkan untuk menjaga keselamatan serta diminta melaporkan segera jika melihat kehadiran haiwan tersebut.
Sebelum ini, sebuah video berdurasi lebih satu minit tular di media sosial memaparkan harimau belang yang sedang berkeliaran dilihat penduduk didakwa di kawasan berhampiran Kampung Bantal, Hulu Tembeling.
-- BERNAMA |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |