Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Kontraktor didakwa guna gelaran Datuk tanpa kebenaran untuk dapat tender kerajaan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :18/11/2025 19:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran datuk tanpa kebenaran bagi mendapatkan tender kerajaan tahun lepas. Bashir Mohd Sardar Husin, 56, didakwa menggunakan gelaran berkenaan tanpa kebenaran bertulis daripada Sultan Pahang bagi maksud perniagaan bagi mendapatkan tender kerajaan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada 9.30 pagi, 26 Julai 2024. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (3) enakmen sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia. Bagaimanapun, peguam Nasar Khan Mirbas Khan yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 kerana anak guamnya tidak berkemampuan untuk membayar jaminan terlalu tinggi selain telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan. Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 18 Dis ini untuk sebutan semula kes. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035