Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :38 kes kecurian libatkan kabel ECRL, komponen lain direkodkan - MRL
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :29/10/2025 21:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 38 kes kecurian kabel penghubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan beberapa komponen lain, telah direkodkan di sepanjang jajaran pembinaan terutama di Terengganu dan Pahang bermula Januari hingga September lepas, dengan jumlah kerugiaan sebanyak RM2.9 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk pemasangan 116 kamera litar tertutup (CCTV) serta menempatkan 67 pengawal keselamatan. Beliau berkata usaha itu bagi memantau dan menyelia kawasan yang dikenal pasti sering berlakunya kejadian kecurian. "Setakat ini apa yang kita rekodkan di negeri Terengganu ada...Pahang pun ada. Jadi, ia tidak tertumpu pada satu tempat. Kita menerima kerjasama baik daripada semua negeri terlibat untuk kita buat keterlibatan lebih kerap. "Ini satu usaha berterusan dan kita mahu semua pihak mengambil serius, kerana masalah itu boleh menjejaskan pembukaan (operasi ECRL) sekiranya berterusan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Cabutan Undi Pakej Kerja Sub-Kontraktor Bumiputera G1 dan G2 Bagi Projek ECRL Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Sementara itu, Darwis berkata projek ECRL di Terengganu telah mencapai kemajuan sebanyak 93.55 peratus. "Secara keseluruhannya projek ECRL telah mencapai kemajuan 88.08 peratus. Ini memberikan mesej bahawa kita berada pada landasan yang baik dan tepat untuk siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan beroperasi pada Januari 2027," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035