Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :IPTA dibenar laksana PdP dalam talian sempena Deepavali bermula 16 Okt - KPT
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :13/10/2025 21:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersetuju memberikan kemudahan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid kepada pelajar serta tenaga pengajar beragama Hindu di seluruh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bermula 16 hingga 24 Okt ini sempena sambutan Deepavali. KPT memaklumkan kemudahan berkenaan membolehkan warga institusi terlibat meraikan Pesta Cahaya bersama keluarga dalam suasana harmoni dan bermakna. "Kemudahan ini meliputi universiti awam, politeknik dan kolej komuniti bagi meraikan perayaan Pesta Cahaya ini," menurut kenyataan KPT. Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan dipersetujui hasil perbincangan bersama jabatan dan agensi berkaitan, dengan pelaksanaannya tertakluk kepada kesesuaian serta keperluan program akademik masing-masing di institusi terlibat bagi memastikan aktiviti pengajaran tidak terjejas. KPT memaklumkan kemudahan tersebut merupakan satu daripada usaha bagi meraikan kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan warga IPT selaras dengan semangat keterangkuman serta keharmonian masyarakat majmuk Malaysia. Dalam pada itu, KPT turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, tenaga akademik, warga KPT serta rakyat Malaysia beragama Hindu dengan harapan agar perayaan itu membawa cahaya kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua. Perayaan Deepavali disambut pada 20 Okt ini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035