Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :JPJ Pahang keluarkan 3,383 notis saman sepanjang Ops Khas Gempur Perdagangan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :04/10/2025 04:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan 3,383 notis saman daripada 11,639 kenderaan yang diperiksa dalam Ops Khas Gempur Perdagangan dari 1 hingga 30 Sept lepas. Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, sebanyak 1,960 kenderaan atau 19.4 peratus telah dikenakan tindakan melibatkan tujuh bas dan 1,953 lori, manakala tiada tindakan dikeluarkan terhadap teksi, kereta sewa atau e-hailing. "Notis saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan teknikal, membawa muatan berlebihan dan melibatkan lain-lain kesalahan," katanya kepada pemberita di Kompleks JPJ, di sini, pada Jumaat. Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut menyita sebanyak 20 kenderaan barangan yang merangkumi lapan kenderaan berat kurang daripada 7,500 kilogram (kg) dan 12 kenderaan berat melebihi 7,500 kg. Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya berkata, antara alasan yang sering diberikan pemandu sepanjang operasi itu dijalankan ialah terlupa membaharui lesen atau insurans, selain faktor kewangan syarikat yang menjejaskan kemampuan mereka untuk melangsaikan tunggakan saman. "Lesen ini kita sudah ikut tarikh lahir, jadi sebenarnya setiap pemandu sepatutnya tahu bila perlu perbaharui ... ada juga kes pemandu atau syarikat yang sudah terlalu lama menangguhkan urusan sehingga nama mereka disenaraihitamkan, perkara itu mungkin memberikan kesan kepada mereka untuk memperbaharu lesen," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035