|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, pada Khamis.
Dalam kenyataan dikeluarkan TUDM, kejadian berlaku pada jam 9.05 malam, namun setakat ini tiada butiran lanjut termasuk keadaan juruterbang dan penumpang didedahkan.
"TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan menyalurkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
TUDM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi atau berita tidak sahih berhubung insiden berkenaan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |