Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Insiden pesawat Hornet: Juruterbang, pembantu juruterbang dilapor selamat, terima rawatan di HTAA - KP Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :22/08/2025 00:12 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan insiden kemalangan membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan. Mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI, Yahaya berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut. Menurutnya, insiden itu berlaku ketika pesawat hendak berlepas dari landasan. "Saya boleh mengesahkan insiden itu berlaku melibatkan pesawat milik TUDM di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Untuk pengetahuan, laporan awal kita terima tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang dilaporkan selamat dan telah dibawa ke HTAA, Kuantan untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi pada malam Khamis. Terdahulu, TUDM dalam kenyataan memaklumkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet miliknya terbabit dalam kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, pada Khamis. Menurut kenyataan itu kejadian berlaku pada jam 9.05 malam, namun setakat ini tiada butiran lanjut termasuk keadaan juruterbang dan penumpang didedahkan. TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan menyalurkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035