Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang Rangers sasar rebut semula Piala Futsal Malaysia
Place of Production :Pekan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :23/08/2025 11:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pahang Rangers bertekad merebut semula kejuaraan Piala Futsal Malaysia (MFC) apabila turun menentang Selangor FC dalam aksi final di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan, malam ini. Ketua jurulatih, Luis Fonseca berkata, skuad Tok Gajah akan bermain dengan sepenuh hati menentang lawan terkuat mereka yang kini berada dalam prestasi terbaik. "Final malam ini adalah perlawanan paling penting bagi musim ini. Kami akan beri seratus peratus menentang pasukan hebat yang menewaskan kami sebelum ini dan baru saja mengalahkan dua pasukan terkuat dalam liga. "Kami akan lawan dengan sehabis baik untuk membanggakan penyokong Pahang Rangers dan membawa pulang piala yang mereka nantikan," katanya kepada Bernama hari ini. Pahang Rangers melangkah ke final selepas bangkit daripada kekalahan 5-3 pada aksi separuh akhir pertama menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan mencatat 8-4 pada aksi timbal balik, sekali gus melakar agregat kemenangan 11-9. Fonseca berkata, kesemua pemain kini dalam keadaan cergas, bersedia dan bersemangat untuk menghadapi perlawanan penting itu. "Mereka sedar betapa sukar perlawanan ini nanti tetapi mereka juga tahu ia peluang besar untuk membawa pulang kegembiraan. Pasukan akan beri segala-galanya untuk menghadiahkan piala kepada penyokong kami," katanya Jurulatih dari Portugal itu juga menyeru peminat Tok Gajah hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan. "Kami perlukan penyokong. Kehadiran mereka membuatkan kami kuat terutama ketika berdepan saat yang sukar. Sebab itu kami mahu penyokong menjadi pemain ke enam kami esok," katanya -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035