Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Gegaran gempa bumi lemah dirasai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :24/08/2025 09:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor pada 6.13 pagi tadi turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer. Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan. Terdahulu, kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah berkenaan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035