Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Title :Tabung Ihya’ Ramadan 1447H/2026 UPSI bantu warga universiti kesusahan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :8 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melancarkan Tabung Ihya’ Ramadan 1447H/2026 sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu dan memberi manfaat kepada warga universiti yang memerlukan khususnya menjelang Ramadan. Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, Pusat Islam UPSI menyasarkan jumlah RM130,000 untuk tabung berkenaan menjelang Ramadan pada tahun ini. Katanya, tabung itu meliputi program berbuka puasa harian, moreh, solat tarawih serta majlis tadarus dan khatam al-Quran perdana.“UPSI akan memberi penekanan khusus terhadap pengukuhan rohani warga universiti melalui pendekatan yang disifatkan sebagai Kompas Hati, Kompas Iman dan Kompas Ibadah. “Sehubungan itu, beberapa inisiatif baharu akan dilaksanakan, termasuk mewajibkan kursus kefahaman bacaan solat kepada semua staf serta pelaksanaan solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid kolej kediaman bagi mahasiswa bermula minggu depan,” katanya. Beliau berkata demikian di Masjid Al-Mursyidin, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah di Tanjung Malim semalam. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035