Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Faculty :Astro Awani
Year of Publication : 31/12/2025 10:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh penduduk Pahang dan rakyat Malaysia amnya. Sempena kehadiran tahun baharu ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seluruh rakyat sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, keselamatan, serta kehidupan harmoni dan sejahtera. "Mudah-mudahan tahun 2026 membawa sinar harapan baharu, kekuatan semangat dan kejayaan dalam setiap cabaran kehidupan yang dilalui," titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang. Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersatu padu, saling menghormati dan mengamalkan nilai-nilai murni demi memelihara keharmonian masyarakat serta kemakmuran negeri dan negara tercinta. Sultan Pahang dan Tengku Ampuan bertitah, tahun baharu ini juga wajar dijadikan titik tolak untuk memperkukuh azam, meningkatkan usaha dan memperbaiki diri ke arah masa depan yang lebih gemilang. Dalam pada itu, baginda berdua mengajak seluruh rakyat agar bersama-sama berdoa supaya negeri Pahang dan negara dijauhi segala bentuk tragedi serta bala bencana seperti taufan, banjir dan gempa bumi. "Akhir kata, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada Pahang dan Malaysia keseluruhannya," titah baginda berdua. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035