Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Gempa bumi Segamat: Tiada kerosakan, kemalangan jiwa dilapor setakat ini
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :27/08/2025 13:16 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SEGAMAT: Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3.2 yang berlaku di daerah ini pada 8.59 pagi tadi. Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dalam kenyataan memaklumkan pusat gegaran dikesan berhampiran kawasan Segamat dan turut dirasai penduduk di daerah serta beberapa kawasan lain di Johor dan selatan Pahang. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta pihak berkuasa keselamatan dan agensi berkaitan sedang memantau keadaan itu bagi memastikan daerah ini berada dalam keadaan selamat terutamanya untuk orang awam. "Orang ramai diminta bertenang, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan mendapatkan perkembangan terkini melalui saluran rasmi seperti MetMalaysia serta agensi kerajaan berkaitan. "Mereka juga digalakkan melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa dan JPBD Segamat akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan serta kesejahteraa penduduk," katanya. MetMalaysia hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang. Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035