Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang peruntuk RM2.5 juta sedia buku rujukan pelajar tahun ini
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :31/08/2025 04:40 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN: Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.5 juta bagi membekalkan buku rujukan dan latihan kepada 23,784 pelajar sekolah menengah seluruh negeri pada tahun ini. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kemudahan itu disediakan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Katanya inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan dan Buku Latihan, yang membuktikan komitmen kerajaan negeri menjadikan pendidikan sebagai tonggak utama pembangunan insan. "Inisiatif ini julung kali dilancarkan kerana kita mahu membantu pelajar yang tidak berkemampuan membeli buku, malah ada yang terpaksa meminjam. "Buku ini disediakan guru pakar dan cemerlang, selain akan diteruskan setiap tahun kerana ia panduan yang menepati pembelajaran di sekolah," katanya pada sidang media selepas melancarkan program berkenaan di Dewan Perdana Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, pada Sabtu. Wan Rosdy berkata, setakat ini buku yang disediakan meliputi empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sementara itu, mengulas dakwaan terdapat laporan kes buli yang tinggi di Pahang, beliau menegaskan maklumat berkenaan tidak tepat selepas dirujuk kepada Pengarah Pendidikan negeri. "Sekiranya ada kes buli dilaporkan, sudah tentu tindakan akan diambil kerana ia perbuatan yang bertentangan dengan etika," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035