Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :JKDM gagalkan cubaan seludup e-waste, skrap logam bernilai RM4.4 juta
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :03/07/2025 22:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mematahkan dua cubaan menyeludup masuk sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) serta skrap logam dari luar negara menggunakan tujuh kontena dengan nilai rampasan dianggarkan RM4.4 juta di Pelabuhan Klang, Selangor. Pengarah JKDM Pahang Mohd Asri Seman berkata operasi melibatkan dua serbuan serentak itu dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Bentong dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 21 Mei lepas. "Dalam serbuan pada 1.15 tengah hari itu, kita memeriksa tiga kontena bersaiz 12.2 meter dan mendapati ia mengandungi e-waste seberat 46,726 kilogram (kg) bernilai RM700,890 tanpa cukai. "Barangan itu dipercayai diimport tanpa permit atau membuat pengikraran dagangan import dalam borang kastam satu secara tidak betul," katanya pada sidang media di sini hari ini. Mohd Asri berkata dalam serbuan kedua di lokasi dan waktu sama, pihaknya menahan empat kontena mengandungi bahan kepingan aluminium dipercayai diikrarkan secara tidak betul dalam borang kastam satu sebagai barangan lain. "Rampasan kepingan aluminium itu berjumlah 105,760 kg dengan nilai anggaran RM3.7 juta tanpa cukai," katanya. Mohd Asri berkata pengimportan barangan skrap itu tertakluk kepada sijil kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Beliau berkata modus operandi penyeludupan itu adalah dengan membuat pengikraran tidak benar dalam borang kastam satu dengan mengikrarkan dagangan sebagai copper concentrate bagi mengelakkan keperluan permit import. Siasatan dua kes terbabit dijalankan mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035