Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Video palsu papar imej Sultan Pahang, polis terima satu laporan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :08/07/2025 12:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link

Full Text :
PEKAN: Polis Pahang mengesahkan menerima satu laporan berhubung penyebaran video palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan daripada Istana Pahang pada Ahad lepas. "Kita juga dapati akaun TikTok itu palsu ... dan saya rasa akaun berkenaan masih lagi beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Yahaya turut menasihatkan masyarakat supaya menyemak sebarang kesahihan maklumat yang dipaparkan di media sosial, khususnya perkara melibatkan institusi diraja. Pada 6 Julai, Istana Pahang memaklumkan bahawa penyebaran video menggunakan teknologi AI yang memaparkan wajah menyerupai Sultan Pahang berkaitan tawaran bantuan kepada rakyat adalah tidak benar Istana Pahang menjelaskan, video yang disebarkan menerusi beberapa akaun di aplikasi TikTok adalah tidak sahih dan tindakan berkenaan merupakan penyalahgunaan imej Al-Sultan Abdullah bagi tujuan penipuan serta memperdaya orang ramai.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035