Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Sinar Harian
Title :Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing bersama rakan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :09/07/2025 07:55 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga rakannya di sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Indera Mahkota di sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Isyraf Danish Razmi, 15. Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.21 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). "Kerja-kerja pencarian mangsa menggunakan teknik pencarian di permukaan di sekitar lokasi kejadian," katanya. Beliau berkata, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan. - Sinar Harian
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035