Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :EAIC dedah wujud kejadian pukul, klien cedera di PUSPEN Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication : 14/07/2025 11:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan berlaku kejadian pukul dan kecederaan yang dialami oleh seorang klien ketika menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Pahang pada tahun lepas. Menurut kenyataan EAIC hari ini, pihaknya menerima aduan terhadap pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan berdasarkan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700). "Siasatan mendapati wujud keterangan dan bukti yang menjurus kepada kejadian pukul itu berlaku sehingga menyebabkan kecederaan ke atas klien yang sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat berkenaan. "Wujud kemungkinan unsur penyembunyian oleh pihak PUSPEN terhadap kejadian itu kerana pemakluman berkenaan dengan kecederaan oleh klien dibuat dalam tempoh masa yang tidak munasabah kepada pihak Ibu Pejabat AADK," menurut EAIC. Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan melibatkan wujud keterangan dan bukti itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) selaras dengan peruntukan perenggan 30(1)(c) Akta 700 dengan cadangan untuk siasatan jenayah menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (Akta 574) atau mana-mana seksyen berkaitan dibuat ke atas suspek yang terlibat. EAIC juga akan merujuk hasil siasatan mengenai unsur penyembunyian oleh PUSPEN untuk syor hukuman tatatertib terhadap pegawai terbabit di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, susulan kesalahan ingkar perintah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) peraturan yang sama. "Selain itu EAIC mengesyorkan pemasangan kamera litar tertutup dibuat di dalam kawasan PUSPEN bagi memastikan keselamatan klien yang menjalani pemulihan," menurut EAIC. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035