Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Tapak pelupusan sampah terbakar di Kuantan berhampiran saluran paip gas - Bomba
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :21/07/2025 23:40 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan pemantauan 24 jam di tapak pelupusan sampah Jerangau-Jabor, Mukim Sungai Karang di sini bagi memastikan kebakaran yang berlaku tidak merebak ke lokasi berisiko. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Zahidah Ali berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran di kawasan berkeluasan hampir satu hektar itu pada 5.30 petang semalam dengan pemantauan terus dilakukan 40 anggota dan pegawai yang ditugaskan mengikut dua syif. Beliau berkata ini perlu memandangkan kawasan kebakaran itu terletak tidak jauh dari saluran paip gas, pencawang elektrik dan kabel gentian optik bawah tanah. "Kita terus melakukan teknik fire break atau memisahkan kawasan kebakaran ketika memulakan operasi di situ dengan risiko untuk (api) merebak ke kawasan berkenaan juga adalah rendah. "Selain itu, pihak berkepentingan turut bersama mengambil tindakan membuat kerja-kerja pemantauan bagi mengelakkan kebakaran merebak, "katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Zahidah berkata pihak kontraktor turut menimbus tanah di atas timbunan sampah untuk mengurangkan asap manakala punca kejadian masih dalam siasatan. Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan yang turut menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya di kawasan terbabit. Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan kebakaran sejak Ahad itu menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Balok Baru, Kuantan dan Kemaman, Terengganu. Pada 8 pagi tadi, IPU yang direkodkan di Balok Baru ialah 139 namun menurun kepada bacaan sederhana 96 pada 3 petang tadi. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035