Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Solat hajat, berdoa supaya jerebu pulih - Sultan Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :22/07/2025 22:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat agar jerebu di negeri ini kembali pulih. Al-Sultan Abdullah turut menasihati orang ramai menjaga kesihatan agar tidak terjejas akibat jerebu selain tidak melakukan pembakaran terbuka. "Harap jerebu ini dapat dikurangkan pada masa akan datang. Semua rakyat kita (disarankan) untuk solat hajat dan berdoa untuk minta hujan kepada Allah SWT. "Kalau jerebu ini (semakin) bertambah, (ibu bapa) perlu nasihat anak-anak supaya jangan bermain di luar," titah baginda selepas berangkat menziarahi keluarga Imam Masjid Ar Rahmat Allahyarham Tengku Badri Tengku Jaafar di Felda Lembah Klau, Raub hari ini. Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Jumaat lepas, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid yang merakam detik Tengku Badri, 60, rebah ketika memimpin solat Jumaat sebelum disahkan meninggal dunia. Sementara itu, menerusi hantaran laman Facebook Kesultanan Pahang, keberangkatan baginda berdua ke rumah Tengku Badri disambut balu Allahyarham, Puziah Musa, 57, serta ahli keluarga lain. Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 30 minit berbual dan bertanya khabar keluarga Allahyarham selain menitipkan kata-kata semangat agar keluarga itu tabah dengan pemergian Tengku Badri yang disifatkan mulia dan dicemburui ramai. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035