Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Awani
Title :UMNO Pahang hargai PM Anwar, berharap Titah Adendum dilaksana tanpa berlengah
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :24/07/2025 07:10 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang merakamkan penghargaan atas keterbukaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dan berbincang berkenaan isu pelaksanaan Titah Addendum melibatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kesediaan Perdana Menteri itu dilihat sebagai langkah penting ke arah mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu tersebut. Wan Rosdy dalam masa sama menegaskan, dengan pengesahan Titah Addendum oleh pihak pendakwaan, khususnya Jabatan Peguam Negara, maka wajar titah tersebut dilaksanakan tanpa berlengah. Kenyataan itu merujuk warkah rasmi Sultan Pahang kepada Datuk Mohd Nizar Najib yang memperjelas perkenan baginda terhadap pelaksanaan tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri itu. "Perkara tersebut turut diperjelas melalui warkah rasmi baginda yang diutuskan kepada Datuk Mohd Nizar Najib, Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan yang juga anakanda kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 Disember 2024. "Warkah baginda secara tidak langsung turut mengabsahkan afidavit yang telah dikemukakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO serta Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, Naib Presiden UMNO, dalam prosiding mahkamah terdahulu, yang sebelum ini telah diketepikan atas alasan “hearsay”," kata beliau. Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang, di sini, malam tadi. Dalam masa sama, beliau berkata, UMNO Pahang turut menyatakan sokongan terhadap pendirian 160 Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara yang sebelum ini menggesa agar titah berkenaan segera dilaksanakan oleh kerajaan. Dalam prosiding Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai, Jabatan Peguam Negara tidak mempertikai kewujudan Titah Addendum yang membolehkan Najib menjalani hukuman penjara secara tahanan rumah, seperti didakwa terkandung dalam titah Yang di-Pertuan Agong ke-16.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035