Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Jangan terperdaya akaun TikTok palsu Tengku Ampuan Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :24/07/2025 09:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Orang ramai diminta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama 'Tengku Ampuan Pahang' yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah. "Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di aplikasi Instagram, namun ia bersifat peribadi," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini. Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan satu akaun sah di laman Facebook Kesultanan Pahang dengan kira-kira 728,000 pengikut. Platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang, manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035