|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dikenal pasti di tiga kawasan di Semenanjung serta sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, MetMalaysia memaklumkan ia membabitkan Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang. Di Sarawak pula melibatkan Marudi, Mukah, Sibu, Kanowit, Sarikei, Sri Aman, Lundu, Bau dan Kuching.
Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |