Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Enam anggota polis direman bantu siasatan rasuah
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :31/07/2025 18:05 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mereman enam anggota polis bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki air ketum. Perintah reman selama tujuh hari hingga 6 Ogos itu dikeluarkan Majistret Khamisah Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini. Menurut sumber, kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh. "Kejadian dipercayai bermula apabila semua suspek menahan lima individu dalam operasi di sekitar Temerloh, Mei lepas kerana disyaki memiliki air ketum. "Seorang daripada suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah," katanya. Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035