Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang mahu PBT hentikan penjualan vape selewat-lewatnya awal 2026 - Exco
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :11/06/2025 22:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang diminta memberikan kerjasama bagi memastikan penjualan rokok elektronik atau vape dapat dihentikan selewat-lewatnya awal tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata usaha berkenaan dilaksanakan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju dengan fatwa pengharaman vape. "MMK pada 14 Mei bersetuju dengan fatwa Mufti Kerajaan Pahang (Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim) yang telah dipanjangkan ke Pejabat Penasihat Undang-Undang pada 19 Mac lepas. "Kerajaan negeri juga mengambil tindakan menguatkuasakan fatwa berkenaan dari sekarang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang sebelum ini telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram kerana memudaratkan kesihatan dan membawa kepada pembaziran. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini dilaporkan menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik diharamkan secara total. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035