Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Ibrahim Manusi diumum pemain baharu Harimau Selatan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication : 16/06/2025 21:42 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkukuh barisan pemain mereka menjelang musim baharu Liga Super dengan membawa masuk bekas pemain tengah Sri Pahang Ibrahim Manusi. Pengumuman mengenai penyertaan pemain berusia 23 tahun itu dibuat menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers. "Hanya ada satu tempat untuk melonjakkan mutu bola sepak ke tahap lebih tinggi. Selamat datang ke Harimau Selatan, Ibrahim Manusi," menurut kenyataan itu. Ibrahim akan menyarung jersi nombor 27 bersama skuad Harimau Selatan. Sebelum ini, JDT turut mengumumkan kemasukan dua pemain import iaitu penyerang Brazil Jairo Da Silva dan pertahanan Sepanyol Antonio Glauder. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035