Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :ShekhinahPR, ProEvents sumbang peralatan bola sepak Manchester United kepada SK Lemoi
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :29/06/2025 21:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Agensi perhubungan awam, ShekhinahPR, bersama perunding pemasaran dan pengurusan bola sepak ProEvents menyumbang peralatan bola sepak yang digunakan Manchester United pada perlawanan menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan lepas, kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Pahang, semalam. Menurut kenyataan ShekhinahPR, agensi itu turut menghadiahkan 15 pasang kasut but bola sepak baharu kepada murid-murid sekolah berkenaan sebagai sokongan kepada pembangunan sukan bola sepak dalam komuniti Orang Asli. "SK Lemoi, sebuah sekolah luar bandar yang menempatkan anak Orang Asli di Cameron Highlands mempunyai pasukan bola sepak, dikenali sebagai 'The Botaks'," menurut kenyataan berkenaan hari ini. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR Christopher Raj berkata sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk memupuk minat sukan dalam kalangan anak-anak dari kawasan pedalaman. “Kami percaya sukan mampu menjadi pemangkin perubahan dalam kehidupan. Melalui sumbangan ini, kami berharap ia dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada anak-anak Orang Asli untuk terus aktif dan bersemangat dalam bidang sukan, khususnya bola sepak. “Melihat wajah gembira mereka menerima kasut but bola sepak dan barangan yang pernah digunakan Manchester United menentang ASEAN All-Stars, ia benar-benar menyentuh hati kami,” katanya. Beliau berkata pihaknya komited untuk terus menyokong inisiatif pembangunan akar umbi, terutama dalam komuniti pedalaman. ShekhinahPR katanya, sentiasa menyokong SK Lemoi menerusi sumbangan kelengkapan sukan dan jersi secara berterusan sebelum ini dengan yang terakhir adalah pada Mac lepas. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035