Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :UMPSA
Main Author :Bernama
Title :Kastam patahkan cubaan seludup 13.74kg bunga ganja bernilai lebih RM1.4 juta
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :26/05/2025 22:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mematahkan cubaan membawa keluar 13.74 kilogram (kg) bunga ganja bernilai lebih RM1.4 juta dalam tiga operasi berasingan di Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Mei lepas. Pengarah JKDM Pahang Mohd Asri Seman berkata dalam operasi dijalankan pada 3.10 hingga 3.30 petang itu, pasukan penguat kuasa telah melakukan pemeriksaan dan imbasan ke atas sejumlah bungkusan dan mendapati imej menyerupai bahan organik. "Hasil siasatan lanjut menemukan bahan organik yang disyaki bunga ganja dengan kesemua bahan itu diisi dalam plastik lut sinar sebelum dibalut dengan sarung bantal atau baju dan diletakkan di dalam kotak untuk penghantaran ke luar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata pihaknya percaya modus operandi sindiket terlibat adalah mendapatkan dadah itu dari negara jiran dan dibungkus di Malaysia, sebelum dihantar ke negara lain menggunakan syarikat kurier melalui KLIA. "Kita masih menyiasat sama ada mereka daripada sindiket yang sama atau tidak kerana alamatnya berbeza iaitu dua dari Terengganu dan satu dari Selangor. "Tetapi kesemua bungkusan itu mahu dihantar ke luar negara. Selain itu, kita juga menyiasat bunga ganja itu dihantar untuk kegunaan apa, sama ada diproses atau dihisap," katanya. Mohd Asri berkata kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035