Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :ADUN Sarawak minta pengajian tinggi percuma untuk pelajar dewasa separuh masa
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :23/05/2025 04:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu mempertimbangkan kelonggaran kepada pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran secara separuh masa di bawah inisiatif pendidikan tinggi percuma. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Meluan Rolland Duat Jubin berkata, ia bagi membolehkan anak kelahiran Sarawak yang berstatus 'K' mempunyai peluang menikmati tawaran itu ketika masih bekerja. "Sebagai seorang bekas pendidik yang masih mempunyai jiwa pendidik yang tidak pernah padam, saya amat menghargai inisiatif ini. "Ini bukan sahaja akan memanfaatkan individu, tetapi juga akan meningkatkan mutu tenaga kerja Sarawak untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi di Malaysia dan rantau ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pada Khamis. Rolland turut mencadangkan program atau kursus jangka pendek dalam bidang seperti pengekodan (coding) menerusi institusi yang diiktiraf atau secara dalam talian bagi meningkatkan kemahiran serta memberi nilai tambah kepada pekerja di Sarawak. Pada Ahad lepas, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menawarkan pendidikan tinggi sepenuh masa secara percuma kepada rakyat Sarawak, termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran sebelum ini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035