Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :PGA serbu kilang kayu di tiga negeri, rampasan bernilai RM97 juta
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :27/05/2025 15:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dengan kerjasama Jabatan Perhutanan berjaya melaksanakan 32 serbuan ke atas kilang pemprosesan kayu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, melibatkan nilai rampasan RM97 juta bagi tempoh 11 Feb hingga 20 Mei lepas. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata bagi tempoh 11 Feb hingga 19 Mei, pihaknya melancarkan Op Bersepadu Khazanah (Op Sawmill) siri satu dan dua, melibatkan serbuan ke atas 18 premis iaitu dua di Terengganu dan 16 di Kelantan. "Operasi tersebut membawa kepada penangkapan 53 individu serta rampasan pelbagai jenis kayu dan barangan dianggarkan bernilai RM66 juta," katanya pada sidang media di PGA Briged Tenggara, Kem Bukit Galing di sini hari ini. Beliau berkata Op Sawmill siri ketiga pula dijalankan melibatkan 14 serbuan ke atas tujuh premis di Pahang manakala bakinya di Terengganu dan Kelantan. "Sebanyak 45 tangkapan dilakukan dengan nilai rampasan dianggarkan RM30 juta. Daripada jumlah itu, 18 individu merupakan warganegara Malaysia dan telah dibebaskan dengan jaminan manakala 27 lagi terdiri daripada warga asing yang masih direman," katanya. Azmi berkata antara warga asing yang ditahan ialah enam warga Myanmar, Bangladesh (tujuh), Indonesia (12) serta masing-masing seorang warga Nepal dan India. Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti 11 kesalahan yang dilakukan dalam tiga siri operasi tebabit dan kes disiasat antaranya mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Perhutanan Negara 1984, Enekmen Industri Berasaskan Kayu 1985 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja. "Berdasarkan siasatan bersama Jabatan Perhutanan, ada premis yang memiliki lesen sah tetapi premis yang diserbu kali ini menunjukkan bukti pelanggaran undang-undang. "Ada satu premis yang pada awal risikan didapati tidak mematuhi syarat lesen tetapi semasa serbuan dijalankan, lesen telah diperbaharui dan mereka telah patuhi syarat, jadi tiada tindakan diambil," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035