Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Lelaki ditemukan lemas di kawasan pam pasir
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :29/05/2025 05:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemukan lemas di kawasan pam pasir di Kampung Paya Pasir, Maran petang semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang dalam kenyataan semalam memaklumkan mayat mangsa ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira 3 petang. Beliau berkata pihaknya menggunakan sebuah bot aluminium untuk mengambil jasad mangsa yang terapung dan tersangkut di timbunan kayu sebelum menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut. "Operasi turut menghadapi kesukaran untuk menurunkan bot disebabkan oleh keadaan kawasan berpasir jerlus," katanya sambil menambah seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran terlibat dalam operasi itu. Ketua Polis Daerah Maran Superintenden Wong Kim Wai pula berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035