Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Awani
Title :Ceroboh hutan Raub, SPRM buka semula kertas siasatan - Azam Baki
Faculty :Astro Awani
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka semula kertas siasatan berhubung pencerobohan hutan simpan di Raub, Pahang yang mendapat perhatian masyarakat, baru-baru ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terdahulu yang dibuka pada tahun 2021 kini disambung semula dengan tumpuan khusus terhadap beberapa aspek. Ini termasuk berkaitan tatakelola dan unsur rasuah yang berkemungkinan wujud membabitkan penerokaan haram yang masih berlaku sehingga kini. "Saya juga ditanya berhubung adakah SPRM membuka kertas siasatan berhubung dengan isu di Raub. Jawapannya, ya. "Dulu kita pernah membuka kertas siasatan yang seumpamanya pada 2021, jadi kesinambungan daripada itu, berhubung dengan isu baharu ini saya telah mengarahkan SPRM Pahang untuk meneruskan siasatan dan kita juga melihat dua perkara, satu isu rasuah, bagaimana penerokaan haram itu boleh dilakukan dalam tempoh tempoh tertentu. "Yang kedua isu berhubung dengan tatakelola yang diamalkan di pejabat pejabat tanah dan pejabat tanah galian. Jadi ini siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh SPRM Pahang dalam hal ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini. Isu penerokaan tanah haram di Raub kembali menjadi tumpuan selepas laporan media dan aduan penduduk tempatan mendakwa wujud kegiatan pencerobohan dan pembalakan tanpa lesen di kawasan tanah kerajaan serta hutan simpan. Semalam, badan bukan kerajaan (NGO) memerangi rasuah, Malaysia Corruption Watch (MCW) mendakwa elemen kelalaian sistematik, pengabaian tanggungjawab atau perlindungan terancang oleh individu tertentu dalam kalangan pihak berkuasa adalah faktor kepada pencerobohan hutan simpan secara besar-besaran di Pahang. Presidennya, Jais Abdul Karim, berkata MCW menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula atau memperluas kertas siasatan terhadap pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan negeri, wakil rakyat, agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan yang disyaki bersekongkol, melindungi atau membenarkan penerokaan haram berlaku dalam tempoh panjang.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035