Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Wan Rosdy terima Ijazah Kehormat PhD dari Universiti Yarmouk
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :29/04/2025 07:10 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan oleh Universiti Yarmouk, Jordan, semalam. Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Universiti Yarmouk Profesor Dr Islam Massad, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan institusi pendidikan berkenaan. Wan Rosdy berkata kerjasama antara Pahang dan Universiti Yarmouk telah bermula sejak 2001 melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan universiti berkenaan. "Selepas 14 tahun, kerjasama ini diperkukuh lagi menerusi majlis menandatangani MoU Kursi Pahang yang berlangsung hari ini," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi. Setakat ini, seramai 363 anak Pahang telah menamatkan pengajian di universiti itu, manakala 78 lagi masih melanjutkan pengajian. Wan Rosdy percaya hubungan akademik antara kedua-dua pihak boleh diperluas ke bidang penyelidikan bersama, inovasi ekonomi Islam, teknologi hijau dan pembangunan lestari. "Saya berharap lebih ramai anak Pahang akan mengambil peluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk dan menyumbang kembali kepada pembangunan serta kemajuan negeri dan negara," katanya. Beliau berkata kerjasama itu diharap dapat memperkukuh bidang penyelidikan dan pembangunan berteraskan nilai Islam dan prinsip Maqasid Syariah, sekali gus menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri yang berjaya dan berdaya saing di peringkat nasional dan juga global. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035