|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kespencerobohan tanah di Raub, Pahang.
"Kita ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.
"Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat 'tracing' dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu.
Tambahnya, siasatan SPRM bukan hanya dari aspek tatakelola, tetapi juga bagaimana penerokaan tanah secara haram boleh berlaku sejak sekian lama tanpa tindakan.
“Kita siasat kes ini dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat isu tatakelola, tetapi juga bagaimana selama ini pihak-pihak terbabit boleh terlepas dalam meneroka tanah.
"(Kita) akan ambil masa sedikit, terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah di Asia Tenggara di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa siasatan terdahulu pada tahun 2021 melibatkan pencerobohan tanah di kawasan sama hampir selesai, dan mungkin telah ditutup di peringkat pejabat tanah. Namun, kes terbaharu ini membabitkan penerokaan baharu yang dikesan.
SPRM menegaskan bahawa siasatan akan terus dijalankan bagi memastikan sebarang pelanggaran undang-undang dapat diambil tindakan sewajarnya.
Turut hadir, Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |