Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Kebakaran gas Putra Heights: Penuntut IPT dibenarkan ikuti pelajaran secara dalam talian
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :06/04/2025 14:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menjadi mangsa insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya dibenarkan untuk mengikuti pelajaran secara dalam talian menjelang sesi pengajian yang bermula esok. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Azlinda Azman berkata kemudahan itu bukan sahaja diberikan kepada penuntut di universiti awam, malah turut diluaskan kepada institusi seperti politeknik dan kolej komuniti. "Saya telah arahkan untuk kelas dilakukan secara dalam talian jadi fleksibiliti itu memang ada di UA dan semua universiti memang telah bersedia 100 peratus untuk membantu. "Anak-anak ini adalah anak-anak yang bijak, kita tidak mahu kerana kejadian ini menjejaskan konsentrasi mereka dalam pengajian," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi penyerahan sumbangan Yayasan Perkasa Siswa (YPS) kepada penuntut IPT di pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights dekat, sini hari ini. Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. Insiden itu mengakibatkan 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah proses pemeriksaan dilakukan. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035