Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Jualan Rahmah dicadang diperluas ke IPT, kurangkan kos sara hidup golongan muda
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :11/04/2025 07:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) disaran memperluas program Jualan Rahmah di institusi pengajian tinggi seluruh negara bagi mengurangkan kos sara hidup golongan muda. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak Woo Kah Leong berkata beliau akan mengemukakan cadangan memperluas program itu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali pada Mesyuarat Gerakan Pengguna Kebangsaan akan datang. "Tidak kira kepada warga emas, wanita ataupun orang muda, itu (Jualan Rahmah) memang satu inisiatif yang baik. Saya akan utarakan cadangan ini untuk dilaksanakan di kampus tidak kira tempatan ataupun swasta," katanya. Woo yang juga Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berkata demikian kepada pemberita pada Jamuan Raya DAPSY Bersama Media di sini semalam. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035