|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| GOMBAK: Tidak mungkin kerajaan akan menaikkan cukai sebagai langkah menambah peruntukan bagi menampung kos pendidikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, pihak pentadbir universiti awam sepatutnya menjadi lebih kreatif dalam mencari sumber kewangan sendiri.
“Kerajaan itu bermaksud ibu bapa dan keluarga kamu yang perlu membayar lebih, saya tidak bersedia menaikkan cukai ke atas mereka kerana ia akan membebankan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Temu Anwar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, pada Jumaat.
Anwar memberi maklum balas itu kepada persoalan seorang pelajar yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan meningkatkan bantuan kepada sistem pendidikan tinggi awam.
“Di Malaysia, universiti awam hampir keseluruhannya bergantung kepada dana kerajaan.
“Apabila sebut kerajaan, perlu faham maksudnya itu merujuk kepada pembayar cukai. Itu jawapan saya jika tanya tentang reformasi pendidikan awam,” ujarnya.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |