Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Title :Mangsa letupan di universiti swasta sedang jalani Latihan Industri, patut tamat minggu ini
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :12 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian letupan di universiti swasta di Bukit Damansara di sini, disahkan sedang menjalani Latihan Industri (LI). Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Prof Dr Chang Yoong Choon berkata, mangsa adalah pelajar di jabatannya dan minggu ini adalah hari minggu terakhir mangsa menjalani LI. "Mangsa adalah penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini sedang menjalani LI selama tiga bulan. "Minggu ini, adalah minggu terakhir dia menjalani latihan industri sebelum menamatkan program," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Mengulas mengenai bantuan kepada keluarga mangsa, Dr Chang berkata, UTAR menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar bagi meliputi sebarang kemalangan termasuk kecederaan dan kematian. "Universiti akan menguruskan dokumentasi berkaitan dan mengemukakan tuntutan kepada pihak insurans. "Pihak pengurusan juga akan memberikan sokongan penuh termasuk bantuan berkaitan urusan pengebumian," katanya. Beliau menegaskan UTAR komited untuk membantu keluarga mangsa sehingga semua urusan selesai dan akan menghormati keputusan keluarga. Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, 11.40 pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035